Jumaat, 15 Februari 2013

Folio Teater Bangsawan (Teater)


Sejarah Teater Bangsawan
Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon, mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja.
Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Apa yang penting dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.
Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya “Jula Juli Bintang Tujuh”. Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.
Sehubungan itu, persembahan melibatkan pengunaan panggung, teknik lampu mengikut cara barat dan juga menggunakan set saiklorama. Pada kebiasaannya, tirai-tirai mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza seperti tirai istana, hutan, laut, awan, kampung dan gua. Babak dalam bangsawan juga tidak kurang daripada 20 dan mungkin lebih. Satu yang sangat menarik tentang bangsawan adalah unsur tasmat yang diselitkan semasa pementasan bangsawan diadakan, umpamanya bunga api. Ia menjadikan pementasan bangsawan tidak membosankan dan tidak hambar. Selain itu, ‘extra turn’ atau selingan tambahan juga terdapat dalam pementasan bangsawan yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia untuk babak berikutnya selain merupakan unsur hiburan kepada penonton.
Jika dirujuk dari bahan bacaan ataupun cerita dari orang-orang lama, para penggiat teater bangsawan dahulu merupakan seorang yang sangat berkebolehan daripada pelbagai aspek. Mereka mampu berlakon dengan baik tanpa ada skrip, selain dapat menyanyikan sesuatu lagu dengan merdu sekali. Nyanyian sebenarnya berfungsi sebagai menzahirkan perasaan berduka lara, gembira, perkasa dan sebagainya, termasuklah berpantun semasa berlakon. Terdapat juga pengunaan alat muzik tradisional dan moden seperti piano, biola, gong, tabla, gendang, drum dan arxodian digunakan untuk mengiringi nyanyian. Ini disebabkan dalam teater bangsawan terdapat unsur nyanyian, lakonan, muzik dan juga tarian. Para pelakon juga dikehendaki untuk menari semasa pementasan berjalan.



Seterusnya, cara pementasan drama tradisi ini adalah menggunakan ruang pentas iaitu kecil, besar dan panggung yang berbeza. Pemilihan pengarah untuk membuat pementasan bergantung pada saiz ruang pentas, set dan props yang digunakan serta jumlah pelakon yang berlakon dalam cerita tersebut. Jika melibatkan pelakon yang ramai serta mempunyai babak cerita yang banyak, maka pengarah biasanya akan memilih untuk mementaskan bangsawan dipanggung.
Para pelakon bangsawan akan memakai kostum tradisional dan berbeza bergantung pada watak yang dilakonkan dan bentuk cerita yang dipentaskan. Mereka akan memakai kostum yang indah, berkilauan dan bergemerlapan. Ditambah lagi dengan tirai pemandangan yang berwarni-warni menjadikan pementasan bangsawan merupakan teater tradisi yang sangat diminati oleh masyarakat tidak mengira bangsa mahupun peringkat umur.



















Ciri-ciri Teater Bangsawan

- Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu; hutan, rumah, istana, gua, taman
  bunga, kampung dan jalan kampung. Mempunyai juga tirai agung dan tirai
  extra turn.

- Memerlukan bantuan (side wing) sebing iaitu pemidang pipih untuk bahagian
  tepi kiri dan kanan pentas.

- Menggunakan bahasa klasik, bahasa istana.

- Mempunyai extra turn.

- Taukeh panggung

- Pemuzik

- Unsur-unsur Tasmat (kesan khas)











Fungsi Teater Bangsawan

Cerita rakyat juga mempunyai fungsi sebagai penggalang rasa kesetiakawanan diantara warga masyarakat yang menjadi pemilik cerita rakyat tersebut.  Fungsi lain lagi dari cerita rakyat adalah sebagai pengokoh nilai-nilai sosial budaya yang berlaku dalam masyarakat. Dalam cerita rakyat terkadang ajaran-ajaran etika dan moral boleh digunakan sebagai pedoman bagi masyarakat. Di samping itu di dalamnya juga terdapat larangan dan pantangan yang perlu dielakkan. Cerita rakyat bagi warga masyarakat pendukungnya boleh menjadi tuntunan tingkah laku dalam pergaulan  sosial.


















Contoh-contoh Cerita Bangsawan

-Butuh Sukarelawan
-Manusia Satu Kata
-Pak Serkah
-Teman Baik yang Khianat
-Lagenda Gunung Batu Sapu
-Si Buta dan Si Bukung
-Anak Pipit Dan Kera
-Hj.Yustan Ajiddin
-Jampang
-Datu Kalaka
-Lagenda Telaga Bidadari
-Ular Dandaung
-Si Angkri Jagoran Pasar Ikan
-Pageran Sarif
-Asal Usul Kota Banjamasin
-Raja Yang Meredam Kekacauan Dunia
-Hikayat Bunga Kemuning
-Keris Menjadi Saksi
-Puteri Saadong
-Melati Pujaan Tumasek



Tokoh Bangsawan

Abu Muhammad Adnan

Abu Muhammad Adnan meninggal dunia tahun 1926, memang sepatutnya diperhatikan karena perannya dalam kesenian dan kebudayaan pada waktu dulu. Nama pena Abu Muhammad Adnan itu dipakainya dengan penuh kasih karena bersempena dengan nama anak sulungnya yang meninggal pada usia yang sangat muda.

Ia bukanlah seorang yang banyak terlibat dalam urusan Wayang Bangsawan. Akan tetapi, sebagai seniman (pelukis, pematung, dan pengarang) di samping sebagai seorang pejabat di Mahkamah Kerajaan, ia sering diminta oleh kumpulan Wayang Bangsawan di istana untuk memberikan bahan-bahan cerita dan memberikan saran utnuk dekorasi. Dalam simpanan Yayasan Indera Sakti Pulau Penyengat ada contoh-contoh gambar (dengan pensil) yang dibuat oleh Abu Muhammad Adnan untuk model tata busana para pelakon Wayang Bangsawan untuk cerita-cerita tertentu mulai dari raja, menteri, penjahat, orang asing, jin sampai khadam.

Abu Muhammad Adnan (di tempat tinggalnya) lebih dikenal dengan nama Engku Haji Lah (nama sebenarnya Raja Haji Abdullah) juga mengarang buku pelajaran Bahasa Melayu Riau seperti (1) Pembuka Lidah dengan Teladan Umpama yang mudah, (2) Penolong bagi yang Menuntut akan Pengetahuan yang Patut, dan (3) Pembukaan bagi yang Berkehendak dengan Huraian yang Pandak. Kesempatan memberikan pelajaran bahasa itu dipakai dengan memberikan bahan-bahan cerita kepada kelompok Wayang Bangsawan istana yang memerlukan bantuannya dalam banyak hal. Karena bacaanya yang luas (perpustakaan pribadinya berisi buku-buku berbahasa Arab, Perancis, dan Melayu) pada pelbagai kesempatan, baik yang ia tuliskan dalam buku-buku karangan dan buku-buku hasil terjemahannya. Tersebutlah sekalimat ungkapan beliau yang berbunyi: “Apabila diarahkan dengan jitu, al-khayalan akan merangsang pikiran sehingga hasilnya pun akan menjadi berfaedah, bermanfaat, bermakna”.

Di antara tokoh-tokoh dalam cerita Wayang Bangsawan tampaknya penokohan Jin dan Khadam merupakan tokoh-tokoh yang paling melekat dalam ingatan penonton. Ini dibuktikan dengan melekatnya nama panggung kepada seseorang yang pernah memainkan peranan Jin dan Khadam sehingga terdapat nama orang-orang seperti Raja Mamud Jin, Mat Tahir Jin, Pak Usin Kadam dan sebagainya. Nama panggung seorang pemeran senantiasa lebih dirasakan akrab jika dibandingkan dengan pemakaian nama kelahiran.



Kumpulan Bangsawan

http://www.jkkn.gov.my/v4/images/stories/akhbar/utusan_20042011.jpg

NORLIZA Rofli (tujuh dari kanan) bersama wakil-wakil kumpulan bangsawan yang akan mementaskan bangsawan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

BANGSAWAN merupakan salah satu seni persembahan pentas tradisional Melayu yang seolah-olah dilupakan oleh pihak penganjur termasuklah kalangan generasi muda hari ini.

Contohnya, cuma sebulan sekali pementasan bangsawan diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Panggung Bandaraya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Meskipun bangsawan kurang dipentaskan namun JKKN boleh berbangga kerana inisiatif agensi kerajaan itu mendapat sambutan positif para penonton selepas ia dianjurkan sejak 2006.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, menerusi program Semarak Bangsawan itu, tahun ini menyaksikan bilangan penonton seramai 10,416 sewaktu ia diadakan tahun lalu.

"Pada tahun 2006 sebanyak 27 pementasan telah diadakan di Panggung Bandaraya di mana keseluruhan penonton yang datang menyaksikannya cuma 2,694 orang sahaja.

"Jumlah itu semakin meningkat iaitu seramai 8,270 pada 2007, 9,321 (2009) dan 10,416 (2010). Jumlah tahun lalu menunjukkan peningkatan 386.4 peratus berbanding 2006.

"Sehubungan itu, kami jangkakan bilangan penonton akan bertambah pada tahun ini," katanya pada pelancaran Siri Semarak Bangsawan 2011 baru-baru ini.

Pada pelancaran program di Panggung Bandaraya yang mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, beliau turut mengumumkan senarai pementasan di situ.

Antaranya pementasan bangsawan Tasik Dayang pada 22 hingga 24 April ini, Mestika Bumi (20 - 22 Mei), Alang Buana (10 - 12 Jun) dan Hikayat Malim Deman (23 - 25 September ini).

Jelas Norliza, bagi memastikan pementasan bangsawan tidak pupus, JKKN telah mengadakan pementasan secara berjadual dengan memberi sokongan kepada syarikat produksi terbabit.

"JKKN contohnya, telah pun mengenal pasti 10 kumpulan bangsawan seluruh negara bagi mementaskan bangsawan di Panggung Bandaraya sepanjang tahun ini.

"Secara keseluruhannya terdapat 10 pementasan bangsawan akan diadakan di panggung ini di mana JKKN akan memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan pementasan tersebut," ujarnya.

Beliau yang turut menyaksikan pementasan bangsawan Siti Zubaidah arahan Khusairy Mahyuddin turut mengumumkan 10 kumpulan bangsawan yang akan menjayakan program itu.

Antaranya ialah Persatuan Bangsawan Bintang Timur, Kumpulan Kreatif Utama Budaya Anak Seni, Persatuan Karyawan Negeri Sembilan dan Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan.

Ekoran sambutan menggalakkan, persembahan bangsawan yang sebelum itu diadakan percuma, katanya terpaksa dikenakan bayaran RM5 bagi menyaksikan setiap pementasan tersebut.

"Peningkatan jumlah penonton memaksa JKKN mengenakan tiket RM5 kepada penonton bagi memastikan kualiti tempat dan persembahan pementasan ini dapat ditingkatkan," jelasnya.














Penghargaan
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Teater Bangsawan”. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus seni.Sekalung penghargaan untuk jurulatih seni saya Siska Nadiah Binti Abdul Aziz  kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa jurulatih seni muzik  saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan folio masing-masing..









Pengenalan


Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang stailaiz dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme.
























Isi Kandungan



1.0              Penghargaan
2.0              Pengenalan
3.0              Isi-isi
3.1              Sejarah Teater Bangsawan
3.2              Ciri-ciri Bangsawan
3.3              Fungsi Bangsawan
3.4              Tokoh  Bangsawan
3.5              Kumpulan Bangsawan

1 ulasan:

  1. Wynn Casino, Las Vegas (MapYRO)
    Find out what's 경기도 출장샵 popular at Wynn Casino, Las Vegas (MapYRO). 10000000 하남 출장안마 South Las 거제 출장샵 Vegas Blvd, 강릉 출장안마 Las 구미 출장마사지 Vegas, NV 89109, US.

    BalasPadam